Followers

Friday, 4 October 2013

Cinta Hati Saidatul Azella :*


Assalamualaikum :)

hai kawan kawan . buat apa tu ? sehat tak ? harapan semoga semua kawan kawan zella sehat ye . hari nie zella tade ape nak cerita sangat . ekhh . yeke takde cerita . haa . betoll laa . haish . xnak caya ? oke . 

opss . cukop cukop bercerita . lari tajuk nie . hihi . sebenarnya nak cakap zella rindu sangat dekat cinta hati zella . siapakah ? haa . jeng jeng jeng . haishh . FAMILY zella lahh . dah dekat 3minggu tak balik , dan minggu ni Zella balik . hooreyyyy ! ! hii :D

oke . mungkin rezeki Zella kot balik minggu ni sbb kak long cakap dia nak belanja kami sekeluarga sebab dia dapat first gaji . alhamdulillah . 

rezeki saya minggu ni - PIZZA HUT -
abah mama
saya sayang mama
mereka cinta hati saya <3
. aku . kak long . adik .
kami kekenyangan :)

 okei . sampai disini sahaja . sedih nak kena tinggalkan mereka :(





Sunday, 1 September 2013

Urrhhhh --"

Haaa . Mesti korang tertanya tanyakan nape zella buat title macam tu . Heee . Sebelum tu ingin saya mengucapkan salam . Assalamualaikum kepada muslim dan Hye untuk non-muslim

pernahh tak korang rasa ketiadaan air ? bagi Zella lahh kan , ketiadaan air lagi teruk dari tiada elektrik . kenapa ? sebabnya , airkan keperluan utama . tak percayaa ? :0 mehh try korang duduk ditempat Zella sekarang . kami warga kamsis PKB terpaksa bangun awal untuk cari air . untuk apa ? untuk mandi laa , lepas tu bagi muslim , untuk solat Subuh . stress beb . terpaksa jalan jauhh . plakk tu terpaksa beratur *kalau ramai lahh kan . hmmmmm .. urrrgggggg . stress tiada airr


tahu tak air yang setitik amat bernilai apabila perlu ? kita senang senang je membazirkan ? astagfirullahhalazimm :3

mahukah jadi sebeginii ? ohhhhhhhhhhhhhhhhhh noooooooooooooo ! xnakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !



oleh itu , hargailah air walaupun setitik :)

*post yang agak mengarut , tapi ni lahh kehidupan saya sekarang :'(

KEMAAFAN ?


          Mungkin kita tidak sedar, rupanya ketika bibir laju memohon ampun, kita sendiri belum lagi menghulur maaf. Bagaimana harus temui ketenangan, andai masih lagi berbekas rasa. Bagaimana mesti kita diampuni, andai masih lagi belum rela melepaskan rasa dalam hati. Kita ingin Allah mengampunkan dosa kita, tetapi kita lupa memberi maaf pada mereka yang bersalah. Kita membuat mereka terluka dengan sikap kita.
          Memaafkan bukanlah mudah. Kita manusia fitrahnya sentiasa  berteman khilaf. Yang selalu kalah dengan ujian yang Allah beri. Yang selalu dan tak malu mengaku lemah. Sedangkan Allah terang-terangan lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.
          Nilai kemaafan bagi aku amat bernilai tak kira waktu dan tempat . kadang-kadang maaf itu hanya dari mulut , tapi hati kita masih menyimpan dendam , adakan itu dinama KEMAAFAN ? Subhanallah :') 
ehemmm . buatt introo sampai lupa nak bagi salam . hihi . soryyyyyyyyyyyyyyyyy :) ehemmmm . ehemmmm . ASSALAMUALAIKUMMM :') 
post ni dipetik dari satu blog , dietik dan diolah sekadar renung-renungan serta untuk keinsafan diri sendiri :)

          Kita ini manusia, yang selalu bersembunyi di balik dinding bernama mangsa. Kita ini manusia, yang tidak mahu memaafkan hanya beralasan ‘kita bukan nabi, kita manusia biasa’…
          Kadangkalanya kita mangsa dan mengenang betapa diperlakukan dengan tidak adil, betapa diri dizalimi, betapa diri tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu, diperlakukan sebegini… lantas sukar sekali rasa hati untuk memberi sebuah kemaafan.
Mengapa boleh berlaku sedemikian? 
          Ya, kerana kita sebenarnya lupa. Yang menggerakkan sesuatu itu adalah Allah. Hati manusia, seperti saya, seperti dia, seperti semua, dipegang oleh Allah. Tiada satu pun yang akan terjadi tanpa izin dariNya. Setiap sesuatu, telah dirancang Allah sebaiknya. Baik atau buruk hanyalah di mata kita, manusia yang terhijab dari segala kebaikan yang Allah telah aturkan.
          Tersiratnya, andai kita fikir kita dizalimi oleh manusia, lalu enggan pula memaafkannya, maka kitalah sebenarnya yang zalim kerana sedikit sebanyak, kita ini menuduh perancangan dan gerakan Allah itu zalim.Nauzubillahiminzalik. Astagfirullah.
          Sedangkan Allah, pemilik segala sesuatu di langit dan bumi, sedia mengampunkan dosa hatta setinggi gunung. Sedangkan Allah, di dalam al-Quran berkali kali menegaskan yang dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Sedangkan Dia, yang mahu hambaNya memohon ampun walau berkali-kali melakukan dosa…. Tapi kita, hanya hamba yang kerdil, satu antara jutaan butiran pasir manusia, seakan-akan mahu menumpang hakNya, dengan tidak bersedia memaafkan manusia kerdil lain. Siapa kita? Siapa? 
        Benar, memaafkan memang tidak mudah. Memaafkan sedang hati masih berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apalagi jika yang mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak pernah menghulur maaf. Tidak pernah menunjuk kesal. Malah seakan bergembira, seolah olah tidak pernah berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.
           Ingatlah, jalan ke syurga itu tidak mudah. Mahu ke syurga itu perlu diselangi dengan jerih payah. Maka, perlu apa kita mengeluh kesah?
          Percayalah, bila mana memaafkan maka perlahan-lahan rasa itu pasti datang. Rasa tenang. Rasa damai. Rasa lapang. Bila mana tangan ditadah, lalu memaafkan setulus hati, dapat dirasa hati bersorak girang. Hati terasa bebas dari dendam dan amarah kerana kita tidak lagi menanigisi sesuatu yang telah terjadi.
          Didiklah hati itu agar sentiasa mendoakan mereka yang telah mengkhianati kita. Walau sakitnya bagai tusukan sembilu, doakanlah kerana tidak merugi orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan.

"Ya Allah,
Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami,
Jauhkan kami dari cuba menumpang hakMu,
Jauhkan kami dari rasa dendam dan sakit,
Kami manusia, yang tidak malu berbuat dosa,
Yang tidak segan mengumpul noda,
Ampunilah kami, hambaMu yang hina,
Berikanlah kami hati yang tabah, hati yang kuat,
Untuk memberi maaf, demi mencari ampunanMu…
Amin ya Rabb."

Saturday, 31 August 2013

SAHABAT UKHWAH FILLAH


            Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri? Tetapi, dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana apa? Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. 



            Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. 

            Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa? Tetapi kita sering terlupa. 

            Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. 




            Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita? Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat? Kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat? 


            Sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu? Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan... Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu ketakutan? Kita tidak tahu?



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina PERSAHABATAN  ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah ( seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :


Pertama:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan wang, dia suka mencukupinya.

Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menyebut jasa baikmu kepada orang lain.

Ketiga:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.



Kelima:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan sentiasa mempercayainya. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

Thursday, 29 August 2013

BESTFRIEND UNTIL JANNAH :)

Assalamualaikum semua . Hai korang . nak cakap ape ye ? *pikir japp :D hii . okei . Zella nk story mory tentang SAHABAT Zella ni . xnak bace ? bolehh skipp . HAHA . okei Zella gurau je . MOHON SENYUM macam ni :)
okei , nama dia HASLINA . H.A.S.L.I.N.A. cepat say hai kat Haslina . emmmmm emmmmm . Zella juz nak bagitahu kat dia yang Zella rindu dia sangat sangaaaattttt :'( Zella sayanggggggggggggggggggggg dia sangat sangat . bagitahu dia bolehh ? pleaseeeee :')






Haslina :) :*
aku ingat lagi masa lepas SPM aku angan angan nak g PLKN. tapi bila check , dia cakap aku tak dapat untuk first intake , okei . agak frust disitu . then aku pikir balekk , takkan aku nak duduk rumah je sepanjang cuti untuk tunggu result serta sambung belajar . so aku terpikir nak keja dengan makcik aku kat Ampang . aku bagitahu kat mama abah aku yang aku nak keja kat situ . first dia tak bagi . sebab dia takut , bila aku dahh keja , aku xnak sambung study . dan aku pun janji dengan mama abah yang aku akan sambung study , ayat punye ayat , last last dia bagi kerja kat Ampang walaupun jauh nun disana :) okei . now bermula lah cerita aku sebagai PERANTAU dari PANTAI TIMUR ;D

Has ! kau ingat tak camne kita boleh kenal ? kita kenal kat CARREFOUR AMPANG . 30.01.2013 . jodoh kita kan bertemu kat situ :') okei . "tak ku sangka tak ku duga" kita boleh rapat sampai ade yang anggap kita ni lesbian kan Has ? nauzubillah . tapi paling aku gembira, bila orang cakap kita ni kembar . sama ke muka kami? :3


first time keluar Times Square dengan Has . first time karok :)
bila kami bersama . -perasan tak jam kami sama ? :*
Has . perangai budak budak dia , akan sentiasa buat aku tersenyum :')
waktu kerja , sempat bergambar :)
sweet tak kami ? :*
sepanjang 3 bulan lebih kita kenal . Sumpah ! aku bahagia sangat dapat kenal kau . sampaikan hari last aku nak berhenti kerja tu . aku masih ingat detik tu Has *lap air mata kejap

HARI LAST
makan kat KFC , sambut dengan geng PC :')
abg. Din, Afiq, Zella, Has, Muhaimin, Akmal, K-rul, Afiq
Iqbal, Siddiq, Arwin
kita beli kasut yang sama :')

pastu kita jalan jalan kat carrefour lepas makan tu, bagaikan taknak terpisah :'( sampailah masa betul betul aku nak balik , kita tukar tukar surat . (surat tu ade lagi dengan aku tau) . kita nangis sama sama . basah baju dibuatnya , haha :')



aku sempat curi curi ambil gambar kau nangis :') sory sayang

benda yang aku xkan lupa pasal kau 
- kau je yang panggil aku MOKK (gemok) dengan panggilan yang lain dari orang lain. amat special .
aku marah bila selain budak Ampang panggil aku MOKK :'(
- kau suka sangat minum MILO . sampaikan aku naik jemu tengok kau minum MILO .
bak kata Iqbal 'MILO kaki anney buat'

akhirnya, kita terpisah. "sungguh ku rasakan diri ku masih di sana lagi" bagaikan semalam ku bertemu dirimu . 

Indahnya jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira di dunia ini
Lagi indahnya jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira di akhirat sana


sampai disini sahaja cerita aku . aku sudah tak tertahan air mata ini . sungguh aku amat merindui insan bernama Haslina :') kalau ikutkan hati , aku nak taip panjang panjang lagi pasal kami , kerana selepas perpisah ini berlaku , tanggal 26 april 2013 , aku ade pergi Ampang sebelum Has pergi Matrik . tanggal 25 mei 2013 . kiranya aku sempat jumpa dia sebelum dia pergi Matrik :') aku sanggup naik bas dengan kak long untuk g Ampang .




- gambar last aku dengan has . 
- Iqbal, kak long, Zella, Has :')



- Ya Allah, kau titipkanlah persahabatan kami ini. aku harap persahabatan kami ini kekal hinggal akhir hayat kami . Ameen



Thursday, 22 August 2013

My First Entry :)

Assalamualaikum. Hai . Hello . Welcome to my new blog . hehe . Actually , Zella dah lame ade blog ( ni blog yang ke-3 aku pernah ade ) hihi :) . Tapi Zella tak pernah nak update update dan uptade . Al-maklumlah Zella ni bukan jenis manusia yang suka menulis panjang panjang tentang sesuatu benda . Tapi bila Zella dah menulis , otak sedang berfungsi , macam macam ayat Zella nak tulis . hii :D kalau bolehh laa kan , Zella harap blog ni akan berfungsi lepas lepas ni :) By the way , Zella xde lahh kreatif sangat nak edit edit blog . kalau sekadar nak tulis tulis tuh oke lahh :3 oke . Now Zella nk bagi intro sikit tentang Zella :)

- zella -
  • SAIDATUL AZELLA BT CHE SHUHAIMI
    korang boleh je panggil Zella . Tapi Zella tak pakse korang nak panggil Zella ape, yang penting name tuh name yang baik baikk lahh kan :) actually , Zella sebenarnya ada banyak name panggilan . kalau nak kira kira , mungkin lebih lima kot . kadang kadang Zella pon pening bila orang tanye Zella pasal nama singkatan . - ( saidatul , zella , kak z , kak cik , kakak , kak ngoh , keceyy , mek laa , sai , zeila and latest AZOLLO  )

  • 1 JUN 1995
    thanks to ma abah sebab lahirkan Zella ke dunia nihh .

  • SK PALOH PINTU GANG ( darjah 1 - 6 )
    SMK PINTU GENG ( tingkatan 1 - 5 )
    MAKTAB SULTAN ISMAIL ( form 6 -seminggu )
    POLITEKNIK KOTA BHARU ( sekarang )

  • Seorang yang tegas .
    Seorang yang cepat terasa hati
    Seorang yang peramah ( peramah ke ? )
    seorang yang mempunyai ego yang tinggi

cukup sahaja harini :) TERIMA KASIH KERANA MEMBACA CORETAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI :D 

- ASSALAMUALAIKUM