Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri? Tetapi,
dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana apa? Mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran
seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan
kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi
dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk
menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita
juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima
alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa? Tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia
mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan
dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar
harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita? Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat? Kerana dia juga seorang manusia.
Dia juga ada rasa
takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan
memerlukan seorang sahabat?
Sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu? Kita selalu
melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita
sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin
diluahkan... Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan
seribu ketakutan? Kita tidak tahu?
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina
PERSAHABATAN ialah sebagaimana pesanan
Al-Qamah ( seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :
Pertama:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita
dan jika kita dalam kekurangan wang, dia suka mencukupinya.
Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan
tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada
pada dirimu, dia suka menyebut jasa baikmu kepada orang lain.
Ketiga:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan
tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia
mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam,
dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta
menghiburkanmu.
Kelima:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka
membenarkan ucapan dan sentiasa mempercayainya. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka
mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."